Thursday, December 3, 2009
Kenangan Kain Lampin
Kain lampin bayi amat rapat dengan ku. Semenjak menjadi seorang ibu di ketika umur ku 23 tahun, aku sentiasa menggunakan kain lampin untuk kegunaan anak ku, namun begitu kain lampin itu juga sebenarnya banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian ku. selain dari kegunaan untuk menampung najis bayi kain lampin itu juga telah memberi satu motivasi yang mevariasikan kegunaannya dalam kehidupan ku sebagai wanita. Malah pada waktu melahirkan bayi yang pertama, kain lampin telah aku miliki sebanyak 120 helai, aku suka dengannya kerana lampin kain juga menjadi objek untuk aku mengelap badan dan adakalanya muka. sering kali aku membawanya ke opis sehelai dua sebagai ingatan ku kepada anakku. malah ada juga kekawan mengkhabarkan 'kita juga perlu dibelai' maka bila adanya lampin kain bersama ku aku sering bayangkan bahawa diri ku sedang di 'diaper' olehnya meski pun aku belom sampai tahap memakainya'lampin kain' tersebut untuk diri ku sendiri. keh keh..namun disini aku menagih perkongsian cerita dari ibu-ibu terutamanya berkaitan 'rahsia lampin kain' bagi dirinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)