Monday, January 25, 2010

Sunday, January 24, 2010

Lampin Kain

Lampin kain
Sekarang terdapat banyak perbincangan di kalangan ibu-ibu sama ada memilih lampin kain atau pakai buang. Kebiasaan ibu sekarang memilih lampin pakai buang kerana ia memudahkan terutama ibu yang sibuk bekerja. Namun adakah ibu-ibu ini sedar akan baik buruk menggunakan lampin jenis ini.

Di bawah saya sertakan beberapa kebaikan menggunakan lampin kain.

Isu kesihatan

Lampin pakai buang mengandungi kimia sintetik seperti berikut mengikut produk masing-masing

Dioxin – peluntur kertas yang amat bertoksik di dalam pengeluaran lampin. Ia dikenali sebagai toksin carcinogen yang menyebabkan kanser.

Sodium polyacrylate – Ini adalah kimia yang ditambah pada pad di dalam lampin sebagai serbuk untuk menyerap basahan dengan banyak. Apabila basah, polimer ini akan ditukar ke bentuk bebola gel di dalam lampin. Kadang-kadang gel ini melekat pada punggung bayi. Ini akan menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alergik.

TRIBUTYL TIN (TBT) – Kesan pencemaran bertoksik tinggi. Merebak melalui kulit dan mempunyai kesan seperti hormon. Ia mengganggu sistem imunisasi dan hormon

Ruam lampin yang lebih mudah merebak – ini kerana penggunaan plastik dan bayi yang kekeringan menyebabkan kurang kerap lampin ditukar. Ini akan menyebabkan bakteria merebak dan ammonia daripada air kencing yang berkumpul dalam lampin.

Alam sekitar
• Terdapat 27 bilion lampin pakai buang digunakan di seluruh dunia
• Satu lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk dihapuskan
• Di dalam rumah dengan satu anak satu , lampin pakai buang membazirkan 50% daripada keperluan yang rumah yang diperlukan
• Lampin pakai buang jika dibuang ke tanah akan menyebabkan pencemaran air dan menyebabkan banyak penyakit
• Lampin kain kurang memberi kesan buruk kepada alam sekitar berbanding lampin pakai buang. Hanya penggunaan sabun sahaja.

Kos
Sebenarnya secara tidak sedar berlaku pembaziran terlindung yang tinggi apabila menggunakan lampin pakai buang ini. Harga satu paket yang mempunyai beberapa keping daripada RM15 ke RM40 mengikut jenis. Sekali lihat, tampak seperti lampin kain harganya mahal iaitu harganya antara RM40 ke 100 ke atas untuk sehelai. Namun dalam jangka masa panjang harga adalah lebih jimat. Cuba buat perbandingan di bawah

Seorang bayi biasanya memerlukan sekitar 6,000-8,000 lampin ketika 3 tahun pertamanya sebelum belajar kencing di bilik air. Contohnya ambil 7,000 lampin digunakan. Dan harga dianggarkan sama.

Lampin pakai buang 7,000 x 0.70sen = RM4,900
Lampin Kain 30 x RM70 = RM2,100

Bayangkan jika anda mempunyai 3 anak. Untuk lampin pakai buang RM4,900 x 3 jumlahnya RM14,700. Tetapi lampin kain boleh dipakai berulangkali untuk anak-anak yang seterusnya.

Latihan awal ke bilik air
Semakin bayi membesar, ia mudah mengecam perbezaan basah dan kering. Ini menyebabkan bayi ini mudah di ajar menggunakan bilik air

Lampin kain kini juga telah banyak dimodenkan dan memudahkan ibu-ibu. Dan banyak terdapat di pasaran, dengan pelbagai jenama dan warna yang menarik. Dan jika anda mempunyai pilihan, adakah anda lebih suka duduk di atas plastik atau kertas atau atas kain yang lembut?

Kain Lampin terpakai

Jika ada sesiapa yang memiliki kain lampin terpakai yang ingin di sedekahkan kepada orang yang memerlukan bolehlah kita berbincang disini bagaimanakah kaedahnya.

koleksi kain lampin













Ini adalah diantara beberapa koleksi kain lampin simpanan ku.